B. MALAYSIA
Pengenalan Kepada Sajak
1. Sajak ialah suatu bentuk karangan berangkap atau puisi baru atau moden yang lebih bebas.
2. Puisi ini dipersembahkan dalam rentak dan baris-baris yang tidak dihadkan.
3. Baitnya disusun mengikut keperluan isi. Bentuk yang bebas daripada bentuk puisi Melayu lama disebut sebagai sajak bebas.
4. Sajak dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk atau jenis mengikut kandungan dan jumlah barisnya. Ini kerana sajak-sajak yang dihasilkan oleh penyajak adalah mengikut kehendak penyajak itu sendiri.
Puisi Moden/Sajak >> (TUKANG GUNTING oleh T. Alias Taib)
MAKSUD
Rangkap 1 = Seorang lelaki mencari rezeki sebagai tukang gunting di bawah sebatang pokok semarak api.
Rangkap 2 = Peralatan kerjanya hanyalah sebilah gunting , sikat rongak ,cermin sompek dan sebuah bangku berkaki tiga .
Rangkap 3 = Tukang gunting itu sentiasa bekerja dengan penuh bersemangat.
Rangkap 4 = Semasa menunggu kedatangan pelanggan ,dia kerap terkenang akan zaman remajanya yang telah berlalu di samping memikirkan rancangan masa depannya .
Rangkap 5 = Dia akan terus mencari rezeki di situ untuk menanggung seorang isteri dan empat orang anaknya .
TEMA
* Kegigihan golongan bawahan mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup.
PERSOALAN
1. Suami dan ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.
2. Kesabaran dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba .
3. Keyakinan untuk menghadapi masa hadapan dengan pekerjaan sebagai tukang gunting .
BENTUK
1. Lima rangkap.
2. Lima dan enam baris serangkap .
3. Tiga hingga lima patah kata sebaris.
4. Tiga hingga sepuluh suku kata sebaris.
GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI
1. Asonansi - Contohnya: di lumpur sungai manusia (pengulangan vokal "u")
2. Aliterasi - Contohnya: ia ukir nafkah keluarganya (pengulangan konsonan "k")
3. Anafora (pergulangan di awal baris) - Contohnya: di tebing lalu lalang ; di lumpur sungai manusia
4. Metafora - Contohnya: sungai manusia , perahu hidup .
5. Simile - Contohnya: seperti semarak api, begitulah semarak hatinya .
6. Personifikasi - Contohnya: menyikat remajanya, merapikan tuanya.
NILAI
1. Kasih sayang
Contohnya, tukang gunting sangat sayang akan keluarganya hingga sanggup dia berusaha gigih mencari rezeki untuk menanggung kehidupan mereka.
2. Kerajinan
Contohnya, tukang gunting bekerja setiap hari walupun pendapatan tidak lumayan
3. Ketabahan
Contohnya, tukang gunting tabah menhadapi pelbagai kesusahan hidup kerana pendapatan tidak tetap
4. Berdikari
Contohnya, berusaha sendiri mencari nafkah dengan menjadi tukang gunting
PENGAJARAN
1. Kita mestilah berusaha mencari rezeki dengan melakukan apa - apa sahaja pekerjaan yang halal walaupun pekerjaan itu mungkin di pandang rendah oleh orang lain.
2. Kita mestilah melakukan pekerjaan dengan ikhlas dan rajin kerana rezeki daripada kerja yang ikhlas akan diberkati oleh Allah s.w.t.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan berusaha untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan isteri dan anak -anak.
No comments:
Post a Comment