There was an error in this gadget

Tuesday, September 29, 2009

Kisah Rasulullah S.A.W

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'


'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..'

Saturday, September 5, 2009

4 Science Report Card..

just want to share our class report card...








https://spreadsheets.google.com/ccc?key=tNotpwbsSo9y82a9ojfrufw

Friday, September 4, 2009

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Al lah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al -Quran bakal kau dendang....bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru....kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA





wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa...ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

&

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al - Mubarak.


Thursday, September 3, 2009

SMS Saleha & Highlands International Boarding School..

this one, our school take picture for our magazine for this year.. 2009... so, all picture are based on the classes....


SMS Saleha 2009...

5 SCIENCE 2009..




5 ARTS 2009..




4 SCIENCE 2009..




4 ARTS 2009..




3 EXPLORE 2009..




3 EXCEL 2009..




2 EXPLORE 2009..




2 EXCEL 2009...




1 EXCEL 2009....







HIBS, Genting Highlands...

YEAR 7 2009...





YEAR 8 2009...





YEAR 9 2009...



YEAR 10 SCIENCE 2009...





YEAR 10 ARTS 2009...




YEAR 11 2009...


SMS Saleha & Highlands International Boarding School..

just nak shared pic my students and cikgu2...

poyo jer..




ok, time nih bdk2 bt rehearshal unk cross country.. kalau tak silap bln 2 kot..huhu..







yg nih plak, visitor datang.... ramai betul yg datang...





Monday, August 3, 2009

33 Facts about Guyz...


*really very true...................

Girls r surely going to read it


*Belive it or not.......
1. Guys don't actually look after good-looking girls. they prefer neat
and presentable girls.

2. Guys hate flirts.

3.When a guy says he doesn't understand you, it simply means you're not
thinking the way he is.

4. Guys may be flirting around all day but before they go to sleep,
they always think about the girl they truly care about ..

5. When a guy really likes you, he'll disregard all your bad
characteristics.

6.. Guys go crazy over a girl's smile.

7. Guys will do anything just to get the girl's attention.

8. When you touch a guy's heart, there's no turning back.

9. When a girl says "no", a guy hears it as "try again tomorrow".
.... so true.

10. You have to tell a guy what you really want before he gets the
message clearly.

11. Guys love their moms.

12. A guy would sacrifice his money for lunch just to get you a couple
of roses.

13. A guy often thinks about the girl who likes him. But this doesn't
mean that the guy likes her.

14. You can never understand him unless you listen to him.

15. If a guy tells you he loves you once in a lifetime. He does.

16. Beware. Guys can make gossips scatter through half of the face of
the earth faster than girls can.

17. Like Eve, girls are guys' weaknesses.

18. Guys are very open about themselves.

19. It's good to test a guy first before you believe him. But don't let
him wait that long.

20. Guys hate it when their clothes get dirty. Even a small dot.

21. Guys really admire girls that they like even if they're not that
much pretty..

22. If a guy tells you about his problems, he just needs someone to
listen to him. You don't need to give advice ... very true.

23.. A usual act that proves that the guy likes you is when he teases
you.

24. Guys keep secrets that girls tell them.

25. Guys think too much.

26. Guys fantasies are unlimited..

27. Girls' height doesn't really matter to a guy but her weight
does! ... very true.

28. Guys tend to get serious with their relationship and become too
possessive. So watch out girls!!!

29. Guys are more talkative than girls are especially when the topic is
about girls.

30. You can truly say that a guy has good intentions if you see him
praying sometimes.

31. If a guy says you're beautiful, that guy likes you.

32. Guys hate girls who overreact.

33. Guys love you more than you love them IF they are serious in your
relationships.
Doesn't this all make sense?

Saturday, July 11, 2009

CaMpInG aT kEm SeLeSa, Tg Malim...

just want to share the video about our school event last week.. others information and picture i will post it later...




Sunday, June 14, 2009

ICT 2009

http://www.usaupload.net/d/ydl6hlk8p1v

Name: Y10 Y11 F4 F5.doc
File size: 39 KB
Description: ICT



-------------------------------------------------------------

http://www.usaupload.net/d/xor9w96gfk3

Name: F 1 F2 F3 Y7 Y8 Y9.doc
File size: 38 KB
Description: ICT

Sunday, April 5, 2009

Nota Rujukan


B. MALAYSIA

Pengenalan Kepada Sajak

1. Sajak ialah suatu bentuk karangan berangkap atau puisi baru atau moden yang lebih bebas.
2. Puisi ini dipersembahkan dalam rentak dan baris-baris yang tidak dihadkan.
3. Baitnya disusun mengikut keperluan isi. Bentuk yang bebas daripada bentuk puisi Melayu lama disebut sebagai sajak bebas.
4. Sajak dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk atau jenis mengikut kandungan dan jumlah barisnya. Ini kerana sajak-sajak yang dihasilkan oleh penyajak adalah mengikut kehendak penyajak itu sendiri.


Puisi Moden/Sajak >> (TUKANG GUNTING oleh T. Alias Taib)






MAKSUD


Rangkap 1 = Seorang lelaki mencari rezeki sebagai tukang gunting di bawah sebatang pokok semarak api.

Rangkap 2 = Peralatan kerjanya hanyalah sebilah gunting , sikat rongak ,cermin sompek dan sebuah bangku berkaki tiga .

Rangkap 3 = Tukang gunting itu sentiasa bekerja dengan penuh bersemangat.

Rangkap 4 = Semasa menunggu kedatangan pelanggan ,dia kerap terkenang akan zaman remajanya yang telah berlalu di samping memikirkan rancangan masa depannya .

Rangkap 5 = Dia akan terus mencari rezeki di situ untuk menanggung seorang isteri dan empat orang anaknya .




TEMA


* Kegigihan golongan bawahan mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup.



PERSOALAN


1. Suami dan ayah yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.
2. Kesabaran dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba .
3. Keyakinan untuk menghadapi masa hadapan dengan pekerjaan sebagai tukang gunting .




BENTUK


1. Lima rangkap.
2. Lima dan enam baris serangkap .
3. Tiga hingga lima patah kata sebaris.
4. Tiga hingga sepuluh suku kata sebaris.




GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

1. Asonansi - Contohnya: di lumpur sungai manusia (pengulangan vokal "u")
2. Aliterasi - Contohnya: ia ukir nafkah keluarganya (pengulangan konsonan "k")
3. Anafora (pergulangan di awal baris) - Contohnya: di tebing lalu lalang ; di lumpur sungai manusia
4. Metafora - Contohnya: sungai manusia , perahu hidup .
5. Simile - Contohnya: seperti semarak api, begitulah semarak hatinya .
6. Personifikasi - Contohnya: menyikat remajanya, merapikan tuanya.




NILAI


1. Kasih sayang
Contohnya, tukang gunting sangat sayang akan keluarganya hingga sanggup dia berusaha gigih mencari rezeki untuk menanggung kehidupan mereka.
2. Kerajinan
Contohnya, tukang gunting bekerja setiap hari walupun pendapatan tidak lumayan
3. Ketabahan
Contohnya, tukang gunting tabah menhadapi pelbagai kesusahan hidup kerana pendapatan tidak tetap
4. Berdikari
Contohnya, berusaha sendiri mencari nafkah dengan menjadi tukang gunting


PENGAJARAN

1. Kita mestilah berusaha mencari rezeki dengan melakukan apa - apa sahaja pekerjaan yang halal walaupun pekerjaan itu mungkin di pandang rendah oleh orang lain.
2. Kita mestilah melakukan pekerjaan dengan ikhlas dan rajin kerana rezeki daripada kerja yang ikhlas akan diberkati oleh Allah s.w.t.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan berusaha untuk mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan isteri dan anak -anak.

ANALISIS KEKERAPAN SOALAN KOMSAS DALAM KERTAS 2 BM (SPM)


ANALISIS KEKERAPAN SOALAN KOMSAS
DALAM KERTAS 2 BM (SPM)
(Dikemas kini 26 Januari 2009)




Panduan Menjawab Soalan-soalan KOMSAS (SPM)

Pemahaman Komsas

- 26 markah [35 - 9 daripada Pemahaman Umum]

Walaupun markahnya 26 sahaja dengan 8 -9 soalan daripada 3 bahagian, namun kalau anda peka dan tahu teknik untuk mendapatkan markah atau menjaga markah supaya tidak diambil @dipotong @didenda oleh pemeriksa, senang-senang sahaja anda akan mendapat markah penuh. Tak percaya? Ikut nasihat ini:



* Baca soalan dan jawab berdasarkan kehendak soalan. [mungkin anda akan kata, memanglah... tapi ketahuilah murid-murid sekalian, banyak pelajar yang tersilap kerana tidak menjawab soalan yang ditanyakan.]
* Jangan pula tak jawab soalan dan dibiarkan kosong. Sah 0 markah; dapat juga markah kan? Tapi kosonglah.
* Apabila menjawab soalan, pastikan anda menjawab soalan itu dengan lengkap. Tatabahasa mesti betul. Ejaan dan tanda baca mesti betul. Jangan nak cepat, tulis tu main tarik saja, sampai n jadi u dan sebagainya. Jangan pula buat ejaan seperti yang biasa dalam dunia siber atau sms. Nahas tu! [Nampak remeh kan? Tapi perkara ini semua sangat penting. Kadang-kadang kerana kelalaian kita, percuma saja kita buang markah yang amat berharga]
* Soalan 1 biasanya akan bertanya tentang makna kata atau frasa atau maksud perenggan. Bagi makna kata atau frasa, berikan kata sinonim yang lain. Bagi puisi moden atau tradisional - apabila anda menjawab, sila gunakan bahasa prosa moden. Gunakan ayat anda sendiri. Jangan cedok bulat-bulat ayat pantun, seloka atau sajak itu. Berikan maksud mengikut pemahaman anda (sebagaimana yang anda telah pelajari). Begitu juga dengan prosa tradisional. Guna ayat sediri iaitu bahasa moden. (jangan pula guna bahasa sms - parah)
* Soalan kedua biasanya soalan kbkk. Jawaban bagi soalan ini hendaklah daripada calon sendiri @ pendapat calon. Sekiranya calon menuliskan isi-isi atau perkara-perkara yang yang ada dalam petikan, markah 0 akan diberikan. [tak jawab soalan- anda didenda]. Namun demikian, jawaban bagi soalan ini hendaklah berkaitan dengan topik, jangan suka-suka hati nak beri pendapat sendiri tetapi tak ada kaitan.
* Sekiranya soalan yang ditanyakan itu wajar atau tidak, anda harus bijak. Walaupun anda boleh memilih sama ada wajar atau tidak, tetapi anda haruslah bijak memilih yang mana lebih baik, yang sepatutnya, dan yang mudah untuk ditanda oleh pemeriksa atau yang pemeriksa selesa. (ini pendapat saya sahaja)
* Pastikan anda memberikan pendapat yang dihuraikan. Kalau boleh berikan beberapa pendapat. Tulis lebih tak apa asal tatabahasa terpelihara. Saya selalu bercakap kepada pelajar-pelajar saya bahawa kalau seseorang itu mahu mandapat A dalam BM, dia hendaklah rajin menulis, menulis dan menulis. Jangan lupa, serlahkan kematangan anda dalam huraian pendapat anda itu.
* Soalan ketiga biasanya berkaitan dengan unsur komsas. Dalam prosa tradisional, jarang ada soalan aspek komsas. Tahun ini tak tahulah.
* Aspek Komsas yang biasa ditanyakan ialah tema, persoalan, watak dan perwatakan, gaya bahasa, latar, nilai dan sebagainya sebagaimana yang anda telah pelajari. Kadang-kadang ada soalan begini:
* Jelaskan 2 nilai berdasarkan petikan dan dua nilai berdasarkan keseluruhan cerpen. Bagaimana nak jawab? Dua nilai daripada petikan ialah nilai kasih sayang dan tabah. Mama Zel amat menyayagi Zel dan memberikan hadiah sebuah komputer bersempena hari lahirnya. Mama Zel tabah menghadapi pelbagai dugaan hidup sebagai ibu tunggal yang perlu mencari sara hidup sendiri manakala dua nilai daripada keseluruhan cerpen pula ialah nilai tekun dan nilai yakin diri. (kemudian berikan contoh kedua-dua nilai tersebut).
* Nampak macam panjang kan? Tapi tak apa, lebih baik bagi lebih daripada beri kurang. Objektif kita ialah untuk mendapatkan markah yang diperuntukkan itu.
* Jangan keliru antara nilai dan persolan kerana kadang-kadang ada nilai yang juga merupakan persoalan. yang pentingnya bagaimana anda menuliskan nilai itu sebagai persoalan. Contoh: kasih sayang ialah nilai, bagaimanakah kasih sayang menjadi persoalan? Salah satu caranya ialah dengan meletakkan perkataan persoalan di hadapan kasih sayang >>> persoalan kasih sayang atau tambahkan perkataan lain contoh antara keluarga. Persoalan kasih sayang antara ibu dan anak dsb. Yang pentingnya, apabila anda menjawab soalan persoalan, jangan sesekali samakan persoalan dengan nilai kerana pemeriksa akan keliru untuk memberikan anda markah. Jangan kelirukan pemeriksa.
* Apa lagi ya? Oh ya, jangan seronok sangat menulis hingga anda mengabaikan masa. Rancang masa anda dengan baik dan jawab semua soalan. Saya doakan anda semua akan berjaya dengan cemerlang dalam SPM khususnya dalam BM. Malam ini tidurlah dengan lena selepas berdoa semoga kerja keras anda selama ini akan membuahkan hasil yang cemerlang. Esok, bangun dengan segar dan penuh semangat dan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hak anda.


more details: http://cikguliz.blogspot.com/search/label/SPM"

Saturday, April 4, 2009

MALAM GEMA SENANDUNG

saje nak share ngan sume time malam gema senandung semalam... kitaorg sume pakat nak kenekan fidri... sebab die dah nak resign.. nie jelah kenangan yg kitaorg leh buat unk die terus ingat kat kitaorg... so, kitaorg nyanyi ramai2 kat pentas. hahahha... tp sayang time nyanyi tuh plan nak tayangkan pic fidri, tp sbb de salah faham skit. tak dapat tayang.. tp takpelah, letak kat blog pun ok jugak.. ermmm... lain2 nanti akan diupdate k.. stay tuneee............


Saturday, March 7, 2009

Today is my birthday...

huhuhuhuu.. tua dah.. just nak share clip yg cumil nih.. pg td one frens bg... cute sgt.. thanks dude..

Wednesday, March 4, 2009

Sunday, March 1, 2009

Teacher At SMS Saleha, GH

Saje posing nak abis kan masa... huhuhu....





Sport Days At SMS Saleha and HIBS

Let's share story about our sport days at SMS Saleha n HIBS... As a teacher, i feel really happy during that event. We are work together and work hard until the event ending....









Blue House...








Green House...








Red House...